Dikisahkan, di waktu Rasulullah SAW sedang asyik bertawaf di Ka'bah, beliau
mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berDzikir: "Ya Karim!
Ya Karim!"
Rasulullah SAW menirunya membaca "Ya Karim! Ya Karim!" Orang itu
Ialu berhenti di salah satu sudut Ka'bah, dan berzikir lagi: "Ya Karim! Ya
Karim!" Rasulullah SAW yang berada di belakangnya mengikut zikirnya
"Ya Karim! Ya Karim!" Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu
menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi
tampan yang belum pernah dikenalinya.
Orang itu Ialu berkata, "Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku,
kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan
kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad
Rasulullah."
Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah SAW tersenyum, lalu
bertanya, "Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?"
"Belum," jawab orang itu. "Jadi bagaimana kau beriman
kepadanya?"
"Saya percaya dengan mantap atas keNabiannya, sekalipun saya belum
pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah
bertemu dengannya," kata orang Arab baduwi itu.
Rasulullah SAW pun berkata kepadanya: "Wahai orang Arab! Ketahuilah aku
inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!" Melihat Nabi di
hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya.
"Tuan ini Nabi Muhammad?!"
"Ya" jawab Nabi SAW. Dia
segera merunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah SAW.
Melihat hal itu,
Rasulullah SAW menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya, "Wahal orang Arab! janganlah berbuat seperti itu itu. Perbuatan seprti
itu hanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada majikanya, Ketahuilah, Allah
mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta dihormati,
atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman,
dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya."
Ketika itulah, Malaikat Jibril AS turun membawa berita dari langit dia
berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan
bersabda: "Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona
dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahwa Allah akan menghisabnya di hari
Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalnnya, baik yang kecil maupun yang
besar!"
Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. Maka orang
Arab itu pula berkata, "Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat
perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan
denganNya!" kata orang Arab baduwi itu.
"Apakah yang akan engkau
perhitungkan dengan Tuhan?" Rasulullah bertanya kepadanya.
'Jika Tuhan
akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa
kebesaran maghfirahnya,' jawab orang itu.
'Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan
hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunan-Nya.
Jika
Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula
betapa kedermawananNya!'
Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah SAW pun menangis
mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab baduwi itu, air mata beliau
meleleh membasahi Janggutnya.
Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya
berkata, "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda:
Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga Arasy
lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang.
Katakan kepada
temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan
memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah rnengampuni semua kesalahannya dan
la akan menjadi temanmu di syurga nanti!"
Betapa sukanya orang Arab baduwi
itu, begitu mendengar berita tersebut. la Ialu menangis kerana tidak berdaya
menahan keharuan dirinya.
Al Kisah
Posting Komentar