Pada suatu masa ketika Abdullah bin Mubarak berhaji,
tertidur di Masjidil Haram. Dia telah bermimpi melihat dua malaikat turun dari
langit lalu yang satu berkata kepada yang lain, “Berapa banyak orang-orang yang
berhaji pada tahun ini?”
Jawab yang lain, “Enam ratus ribu.”
Lalu ia bertanya lagi, “Berapa banyak yang diterima ?”
Jawabnya, “Tidak seorang pun yang diterima, hanya ada seorang tukang sepatu dari Damsyik bernama Muwaffaq, dia tidak dapat berhaji, tetapi diterima hajinya sehingga semua yang haji pada tahun itu diterima dengan berkat hajinya Muwaffaq.”
Ketika Abdullah bin Mubarak mendengar percakapannya itu,
maka terbangunlah ia dari tidurnya, dan langsung berangkat ke Damsyik mencari
orang yang bernama Muwaffaq itu sehingga ia sampailah ke rumahnya. Dan ketika
diketuknya pintunya, keluarlah seorang lelaki dan segera ia bertanya namanya.
Jawab orang itu, “Muwaffaq.”
Lalu abdullah bin Mubarak bertanya padanya, “Kebaikan apakah yang telah engkau lakukan sehingga mencapai darjat yang sedemikian itu?”
Jawab Muwaffaq, “Tadinya aku ingin berhaji tetapi tidak dapat kerana keadaanku, tetapi mendadak aku mendapat wang tiga ratus diirham dari pekerjaanku membuat dan menampal sepatu, lalau aku berniat haji pada tahun ini sedang isteriku pula hamil, maka suatu hari dia tercium bau makanan dari rumah jiranku dan ingin makanan itu, maka aku pergi ke rumah jiranku dan menyampaikan tujuan sebenarku kepada wanita jiranku itu.
Jawab jiranku, “Aku terpaksa membuka rahasiaku, sebenarnya
anak-anak yatimku sudah tiga hari tanpa makanan, kerana itu aku keluar mencari
makanan untuk mereka. Tiba-tiba bertemulah aku dengan bangkai himar di suatu
tempat, lalu aku potong sebahagiannya dan bawa pulang untuk masak, maka makanan
ini halal bagi kami dan haram untuk makanan kamu.”
Ketika aku mendegar jawapan itu, aku segera kembali ke rumah dan mengambil wang tiga ratus dirham dan keserahkan kepada jiranku tadi seraya menyuruhnya membelanjakan wang itu untuk keperluan anak-anak yatim yang ada dalam jagaannya itu.
“Sebenarnya hajiku adalah di depan pintu rumahku.” Kata
Muwaffaq lagi.
Demikianlah cerita yang sangat berkesan bahwa membantu tetangga yang dalam kelaparan amat besar pahalanya apalagi di dalamnya terdapat anak-anak yatim.
Rasulullah ada ditanya, “Ya Rasullah tunjukkan padaku amal perbuatan yang bila kuamalkan akan masuk syurga.”
Jawab Rasulullah, “Jadilah kamu orang yang baik.”
Orang itu bertanya lagi, “Ya Rasulullah, bagaimanakah akan aku ketahui bahwa aku telah berbuat baik?”
Jawab Rasulullah, “Tanyakan pada tetanggamu, maka bila
mereka berkata engkau baik maka engkau benar-benar baik dan bila mereka berkata
engkau jahat, maka engkau sebenarnya jahat.”
Sumber: Kisah Teladan (edisi Melayu)
Posting Komentar