Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a.
meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, yaitu:
1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a
Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di
tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai
kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah
yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah SAW"
Maka berkata kubur, "Aku bukannya
tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah
tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku,
tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari
aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)."
Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau
seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat
perkara semuanya :-
1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Quran
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca
tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari
kubur dan melapangkannya.
Adapun empat perkara yang harus dijauhi
ialah :-
1.
Jangan berdusta
2.
Jangan mengkhianat
3.
Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4.
Jangan kencing sambil berdiri
Rasulullah SAW telah bersabda yang
bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya
kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing."
Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas
dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau
seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah SWT. Sebaliknya kubur itu
tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan
tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh
yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.
Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa
kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat
Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata
kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah SWT dan takutlah kamu
kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan
Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja, aku boleh
menghafal untuk menjawabnya."
Itu adalah kata-kata orang yang tidak
berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur
jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya
sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Quran, maka al-Quran itu akan
membelanya dan begitu juga seterusnya.
Semoga Allah SWT senantiasa menjauhkan dan melindungi kita
dari siksa kubur dan memberikan kita nikmat kubur. aamiin..
FP Islamic Motivation
Posting Komentar