Mungkin di antara kita atau kebanyakan
kita, ketika memotong kuku asal-asalan mulai dari tangan kiri atau kanan,
pokoknya tak beraturan. Walaupun ia dilihat hanya perkara kecil, namun
kadang-kadang ia adalah perkara besar.
Dalam beberapa perkara hukum Islam, kuku
tidak seharusnya diabaikan oleh umat Islam. Misalnya ketika seorang
dalamkeadaan ihram haji atau umrah didenda membayar dam karena memotong
kukunya. Demikian juga kuku bisa menyebabkan tidak sah-nya wudhu atau mandi
junub, jika air tidak atau terhalang sampai ke kuku.
Beberapa permasalahan lainnya, yang
berhubungan dengan kuku dari segi hukum, hikmah memotong kuku, memanjangkan dan
mewarnanya akan dibincangkan dalam bahasan kali ini.
Hukum Dan Hikmah Memotong Kuku
Memotong kuku adalah amalan sunah.
Sebagaimana disebutkan dalam hadis dari ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha: “Sepuluh
perkara yang termasuk fitrah (sunnah): memotong kumis, memelihara jenggot,
bersiwak, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi,
mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja),
berkata Zakaria: “berkata Mus’ab: “Aku lupa yang kesepuluh kecuali berkumur.”
Sekali lagi ini adalah bentuk menghilangkan
segala kotoran yang melekat di celah kuku, apalagi jika kuku dibiarkan panjang.
Cara Dan Benda Untuk Memotong Kuku
Menurut Imam an-Nawawi, sunah memotong kuku
bermula jari tangan kanan keseluruhannya dan dimulai dari jari kelingking lalu
sampai pada ibu jari, kemudian tangan kiri dari jari kelingking ke ibu jari.
Sementara alat untuk memotong kukunya dapat
menggunakan gunting, pisau atau benda khas yang tidak menyebabkan mudharat pada
kuku atau jari seperti alat pemotong kuku.
Setelah selesai memotong kuku, sebaiknya
segera membasuh tangan dengan air. Ini karena jika seseorang itu menggaruk
anggota badan, dikahawatirkan akan menyebabkan penyakit kusta.
Menurut kitab al-Fatawa al-Hindiyah dalam
mazhab Hanafi bahawa makruh memotong kuku dengan menggunakan gigi juga akan
menyebabkan penyakit kusta.
Waktu Memotong Kuku
Sebagaimana diriwayatkan daripada Anas bin
Malik,“Telah ditentukan waktu kepada kami
memotong kumis, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari
agar kami tidak membiarkannya lebih daripada empat puluh malam.” (Hadis riwayat Muslim)
Adapun menurut Imam asy-Syafi’e dan
ulama-ulama asy-Syafi’iyah, sunah memotong kuku itu sebelum mengerjakan sembahyang Juma’at,
sebagaimana disunatkan mandi, bersiwak, memakai wewangian, berpakaian rapi
sebelum pergi ke masjid untuk mengerjakan shalat Jumat.
Menanam Potongan Kuku
Sebagaimana disebutkan dalam kitab Fath
al-Bari, bahawa Ibnu ‘Umar Radhiallahu ‘anhu menanam potongan kuku.
Memotong Kuku Ketika Haid, Nifas Dan Junub
Menurut kitab Al-Ihya’, jika
seseorang dalam keadaan junub atau berhadas besar, janganlah dia memotong
rambut, kuku atau memotong sesuatu yang jelas daripada badannya sebelum dia
mandi junub. Kerana segala potongan itu di akhirat kelak akan kembali kepadanya
dengan keadaan junub.
Memanjangkan Kuku Dan Mewarnainya ( Cutex)
Tabiat memanjangkan kuku dan membiarkannya
tanpa dipotong adalah perbuatan yang bertentangan dengan sunnah Nabi Muhammad
Shallallahu ‘alaihhi wasallam, karena beliau menggalakkan supaya memotong kuku.
Jika dibiarkan kuku itu panjang, niscaya banyak perkara-perkara yang
membabitkan hukum seperti wudhu, mandi wajib dan sebagainya.
Adapun dalam hal mewarnai kuku (cutex),
perempuan yang bersuami adalah haram mewarnai kuku jika suaminya tidak
mengizinkan. Sementara perempuan yang tidak bersuami pula, haram baginya
mewarnai kuku. Demikian juga jika pewarna itu diperbuat dari benda najis karena
akan menghalang daripada masuknya air saat berwudhu.
FP Ayat-ayat Cinta
Posting Komentar