Rasulullah SAW telah bersabda yang
bermaksud: "Siapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya
baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara
solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi
petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah SAW telah bersabda bahawa
: "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum
membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang
keji dan mungkar."
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu
tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka
sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah SWT dan jauh dari
Allah."
Hassan r.a berkata : "Kalau
solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan
keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan
pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu
seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."
Sayyid Umar Alatas
Posting Komentar