Jl. Kudus Colo Km. 5, Belakang Taman Budaya Bae Krajan, Kudus
Home » » Pandangan Islam Terhadap Suami Isteri Yang Bekerja (2)

Pandangan Islam Terhadap Suami Isteri Yang Bekerja (2)

Bekerja kuat ketika muda adalah baik sekali, sebelum badan dimamah usia. Kita perlu pandai menggunakan pendapatan yang diperoleh untuk simpanan dihari tua. Meskipun demikian kita jangan lupa, bahwa segala apa yang telah kita miliki itu adalah kepunyaan Allah SWT, yang dipinjamkan kepada kita. Oleh itu kita mesti pandai bersyukur atas segala nikmatNya, dan bila ditimpa musibah kita patut bersabar, dengan demikian hidup kita akan tenang, Insya Allah.

Bekerja adalah suatu kebajikan. Tolong menolong antara suami dan isteri adalah sesuatu yang dituntut oleh Allah sebagaimana firmanNya, “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa dan pencerobohan.”(Al-Quran surah Al-Maidah: 2)

Sebaliknya jika suami mampu menanggung semua keperluan hidup, dan isteri memilih bekerja di rumah, maka itu adalah lebih baik. Kerana bekerja di rumah dan mendidik anak-anak untuk menjadi anak yang berguna, bukanlah pekerjaan yang mudah. Meskipun ada pembantu rumah, sudah tentu penjagaan dan didikan seorang ibu lebih daripada penjagaan dan pendidikan pembantu rumah.

Atas sebab ini, ada isteri-isteri yang mengorbankan pekerjaan mereka, demi rumah tangga. Pendidikan yang tinggi yang mereka dimiliki akan membantu mereka dalam membina masa depan yang cemerlang untuk anak-anak.

Nabi SAW telah mengingatkan kita, “Setiap anak yang dilahirkan adalah suci, maka kedua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, atau Nasrani atau Majusi.” (HR Abu Ya’la, Thabrani, dan Baihaqi)

Tujuan pendidikan Islam ialah untuk menyiapkan anak-anak kita, supaya jika mereka dewasa nanti mereka boleh melaksanakan dengan baik pekerjaan dunia dan amalan akhirat, sehingga tercipta kebahagiaan dunia dan kebahagiaan di akhirat, Untuk itu mereka perlu dididik menjadi orang yang beriman dan beramal soleh. Perlulah kepada mereka diberikan didikan keimanan, akhlak, ibadah solat, puasa, dan sebagainya, dan mereka perlu dibimbing kejalan yang diredhai Allah.

Sudah tentu mereka perlu mendapat pendidikan untuk mengerjakan berbagai Ilmu Pengetahuan keduniaan lainnya seperti berdagang, berternak, bertukang, menjadi guru, petani, semua ini meskipun kelihatan keduniaan jika sekiranya diniatkan kerana Allah jadilah ia ibadah., kerana semua ini juga perintah Allah supaya kita memakmurkan bumi ini sebagai mana firmanNya, “Dialah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi serta menghendaki kamu memakmurkannya”.  (al-Quran: Hud: 61)

Untuk mewujudkan generasi muda harapan Ummat sedemikian rupa, maka amat diperlukan suatu keluarga bahagia, keluarga yang menjadi contoh teladan, suami isteri yang rukun dan damai, dimana, suasana tulung menulung adalah menjadi amalan harian, suasana aman tenteram sebagaimana menjadi tujuan dan perkawinan menjadi kenyataan.

Baginda Rasulallah SAW dan keluarganya adalah tempat rujukan kita yang utama. Sejarah telah mernbuktikan, betapa rasa cinta dan kasih sayang Nabi SAW terhadap isterinya Siti Khadijah demikian pula sebaliknya. Demikian pula betapa kasih sayang anak Baginda Fatimah Azzahra terhadap ayahandanya dan suaminya adalah menjadi contoh teladan bagi kita yang sebaik-baiknya.



Ust. Syed Hasan Alatas (Malaysia)
Adv 1
Share this article :

Posting Komentar

 
Musholla RAPI, Gg. Merah Putih (Sebelah utara Taman Budaya Kudus eks. Kawedanan Cendono) Jl. Raya Kudus Colo Km. 5 Bae Krajan, Bae, Kudus, Jawa Tengah, Indonesia. Copyright © 2011. Musholla RAPI Online adalah portal dakwah Musholla RAPI yang mengkopi paste ilmu dari para ulama dan sahabat berkompeten
Dikelola oleh Remaja Musholla RAPI | Email mushollarapi@gmail.com | Powered by Blogger