Sayyid Ja’far bin Sayyid Hasan bin Sayyid ‘Abdul
Karim bin Sayyid Muhammad bin Sayyid Rasul al-Barzanji adalah seorang ulama
besar keturunan Junjungan Nabi SAW dari keluarga Saadah al-Barzanji yang
masyhur berasal dari Barzanj di Iraq. Beliau dilahirkan di Kota Madinah
al-Munawwarah pada tahun 1126H. Segala usul Sayyid Ja’far semuanya merupakan
ulama terkemuka yang terkenal dengan ilmu dan amal, keutamaan dan kesholehan.
Sayyid Muhammad bin ‘Alwi bin ‘Abbas al-Maliki dalam “Haul Ihtifaal bi dzikra
al-Mawlid an-Nabawi asy-Syarif” menulis pada halaman 99 :-
Al-’Allaamah al-Muhaddits al-Musnid as-Sayyid Ja’far bin Hasan bin ‘Abdul Karim
al-Barzanji adalah Mufti Asy-Syafi`Iyyah di Kota Madinah al-Munawwarah. Telah
berlaku perselisihan tentang tarikh kewafatannya, di mana sebahagiannya
menyebut yang beliau meninggal pada tahun 1177H. Imam az-Zubaidi dalam
“al-Mu’jam al-Mukhtash” menulis bahawa beliau wafat tahun1184H, di mana Imam
az-Zubaidi pernah berjumpa dengan beliau dan menghadiri majlis pengajiannya di
Masjid Nabawi yang mulia. Beliau adalah pengarang kitab mawlid yang masyhur dan
terkenal dengan nama “Mawlid al-Barzanji“. Sebahagian ulama menyatakan bahawa
nama karangannya tersebut sebagai “I’qdul Jawhar fi mawlid an-Nabiyyil Azhar“.
Mawlid karangan beliau ini adalah di antara kitab mawlid yang paling tersohor
dan paling luas tersebar ke pelosok negeri ‘Arab dan Islam, baik di Timur
maupun di Barat. Bahkan ramai kalangan ‘Arab dan ‘Ajam yang menghafalnya dan
mereka membacanya dalam perhimpunan-perhimpunan agama yang munasabah.
Kandungannya merupakan khulaashah (ringkasan) sirah nabawiyyah yang meliputi
kisah lahir baginda, perutusan baginda sebagai rasul, hijrah, akhlak,
peperangan sehingga kewafatan baginda Rasul SAW.
Kitab “Mawlid al-Barzanji” ini telah disyarahkan oleh al-’Allaamah al-Faqih
asy-Syaikh Abu ‘Abdullah Muhammad bin Ahmad yang terkenal dengan panggilan
Ba`ilisy yang wafat tahun 1299H dengan satu syarah yang memadai, cukup elok dan
bermanfaat yang dinamakan “al-Qawl al-Munji ‘ala Mawlid al-Barzanji” yang telah
banyak kali diulang cetaknya di Mesir.
Di samping itu, kitab Mawlid Sidi Ja’far al-Barzanji ini telah disyarahkan pula
oleh para ulama kenamaan umat ini. Antara yang masyhur mensyarahkannya ialah
Syaikh Muhammad bin Ahmad ‘Ilyisy al-Maaliki al-’Asy’ari asy-Syadzili al-Azhari
dengan kitab “al-Qawl al-Munji ‘ala Mawlid al-Barzanji“. Beliau ini adalah
seorang ulama besar keluaran al-Azhar asy-Syarif, bermazhab Maliki lagi Asy`ari
dan menjalankan Thoriqah asy-Syadziliyyah. Beliau lahir pada tahun 1217H
(1802M) dan wafat pada tahun 1299H (1882M).
Selain itu ulama kita kelahiran Banten, Pulau Jawa, yang terkenal sebagai ulama
dan penulis yang produktif dengan banyak karangannya, yaitu Sayyidul ‘Ulama-il
Hijaz, an-Nawawi ats-Tsani, Syaikh Muhammad Nawawi al-Bantani al-Jawi turut
menulis syarah yang lathifah bagi “Mawlid al-Barzanji” dan karangannya itu
dinamakannya “Madaarijush Shu`uud ila Iktisaa-il Buruud“. Kemudian, Sayyid
Ja’far bin Sayyid Isma`il bin Sayyid Zainal ‘Abidin bin Sayyid Muhammad al-Hadi
bin Sayyid Zain yang merupakan suami kepada satu-satunya anak Sayyid Ja’far
al-Barzanji, telah juga menulis syarah bagi “Mawlid al-Barzanji” tersebut yang
dinamakannya “al-Kawkabul Anwar ‘ala ‘Iqdil Jawhar fi Mawlidin Nabiyil Azhar“.
Sayyid Ja’far ini juga adalah seorang ulama besar keluaran al-Azhar asy-Syarif. Beliau juga merupakan seorang Mufti Syafi`iyyah. Karangan-karangan beliau banyak, antaranya: “Syawaahidul Ghufraan ‘ala Jaliyal Ahzan fi Fadhaa-il Ramadhan“, “Mashaabiihul Ghurar ‘ala Jaliyal Kadar” dan “Taajul Ibtihaaj ‘ala Dhau-il Wahhaaj fi Israa` wal Mi’raaj“. Beliau juga telah menulis sebuah manaqib yang menceritakan perjalanan hidup dan ketinggian nendanya Sayyid Ja’far al-Barzanji dalam kitabnya “ar-Raudhul A’thar fi Manaqib as-Sayyid Ja’far“.
Sayyid Ja’far ini juga adalah seorang ulama besar keluaran al-Azhar asy-Syarif. Beliau juga merupakan seorang Mufti Syafi`iyyah. Karangan-karangan beliau banyak, antaranya: “Syawaahidul Ghufraan ‘ala Jaliyal Ahzan fi Fadhaa-il Ramadhan“, “Mashaabiihul Ghurar ‘ala Jaliyal Kadar” dan “Taajul Ibtihaaj ‘ala Dhau-il Wahhaaj fi Israa` wal Mi’raaj“. Beliau juga telah menulis sebuah manaqib yang menceritakan perjalanan hidup dan ketinggian nendanya Sayyid Ja’far al-Barzanji dalam kitabnya “ar-Raudhul A’thar fi Manaqib as-Sayyid Ja’far“.
Kembali kepada Sidi Ja’far al-Barzanji, selain dipandang sebagai mufti, beliau
juga menjadi khatib di Masjid Nabawi dan mengajar di dalam masjid yang mulia
tersebut. Beliau terkenal bukan saja kerana ilmu, akhlak dan taqwanya, tapi
juga dengan kekeramatan dan kemakbulan doanya. Penduduk Madinah sering meminta
beliau berdoa untuk hujan pada musim-musim kemarau. Diceritakan bahawa satu
ketika di musim kemarau, sedang beliau sedang menyampaikan khutbah Jumaatnya,
seseorang telah meminta beliau beristisqa` memohon hujan.
Maka dalam khutbahnya itu beliau pun berdoa memohon hujan, dengan serta merta doanya terkabul dan hujan terus turun dengan lebatnya sehingga seminggu, persis sebagaimana yang pernah berlaku pada zaman Junjungan Nabi SAW dahulu. Menyaksikan peristiwa tersebut, maka sebahagian ulama pada zaman itu telah memuji beliau dengan bait-bait syair yang berbunyi:-
Maka dalam khutbahnya itu beliau pun berdoa memohon hujan, dengan serta merta doanya terkabul dan hujan terus turun dengan lebatnya sehingga seminggu, persis sebagaimana yang pernah berlaku pada zaman Junjungan Nabi SAW dahulu. Menyaksikan peristiwa tersebut, maka sebahagian ulama pada zaman itu telah memuji beliau dengan bait-bait syair yang berbunyi:-
سقى الفروق بالعباس قدما * و نحن بجعفر غيثا سقينا
فذاك و سيلة لهم و هذا * وسيلتنا إمام العارفينا
Dahulu al-Faruuq dengan al-’Abbas beristisqa` memohon hujan
Dan kami dengan Ja’far pula beristisqa` memohon hujan
Maka yang demikian itu wasilah mereka kepada Tuhan
Dan ini wasilah kami seorang Imam yang ‘aarifin
Sidi Ja’far al-Barzanji wafat di Kota Madinah dan dimakamkan di Jannatul Baqi`,
sebelah bawah maqam beliau dari kalangan anak-anak perempuan Junjungan Nabi
SAW. Karangannya membawa umat ingatkan Junjungan Nabi SAW, membawa umat
kasihkan Junjungan Nabi SAW, membawa umat rindukan Junjungan Nabi SAW.
Setiap kali karangannya dibaca, pasti sholawat dan salam dilantunkan buat
Junjungan Nabi SAW. Juga umat tidak lupa mendoakan Sayyid Ja’far yang telah
berjasa menyebarkan keharuman pribadi dan sirah kehidupan makhluk termulia
keturunan Adnan. Allahu … Allah.
اللهم اغفر لناسج هذه البرود المحبرة المولدية
سيدنا جعفر من إلى البرزنج نسبته و منتماه
و حقق له الفوز بقربك و الرجاء و الأمنية
و اجعل مع المقربين مقيله و سكناه
و استرله عيبه و عجزه و حصره و عيه
و كاتبها و قارئها و من اصاخ إليه سمعه و اصغاه
Ya Allah ampunkan pengarang jalinan mawlid indah nyata
Sayyidina Ja’far kepada Barzanj ternisbah dirinya
Kejayaan berdamping denganMu hasilkan baginya
Juga kabul segala harapan dan cita-cita
Jadikanlah dia bersama muqarrabin berkediaman dalam syurga
Tutupkan segala keaiban dan kelemahannya
Segala kekurangan dan kekeliruannya
Seumpamanya Ya Allah harap dikaruniakan juga
Bagi penulis, pembaca serta pendengarnya
Bahrus Shofa
Posting Komentar