Manusia terdiri daripada dua unsur utama yaitu rohaniah dan jasmaniah. Untuk kesempurnaan hidupnya, Allah SWT telah membekalkannya akal dan pelbagai perasaan dan emosi yang tertentu. Untuk membimbing manusia ke arah hidup yang baik, Allah telah mengutuskan nabi-nabi dan rasul-rasul-Nya bermula dari Nabi Adam AS sampai kepada nabi terakhir junjungan besar kita nabi kita Muhammmad SAW. Mereka bertugas membimbing manusia, membina masyarakat, membina insaniah dan rohaniah mereka menurut acuan yang dikehendaki Allah sendiri.
Dalam perkembangan sejarah umat manusia, mereka telah melalui berbagai-bagai gelombang kehidupan, melalui zaman hidayah di bawah pimpinan rasul-rasul, bimbingan Rabbani sehingga terbentuk masyarakat yang diredhai Allah SWT. Untuk membina masyarakat yang murni ini, Allah SWT telah menggariskan panduan-panduan hidup yang benar di bawah para rasul meliputi pelbagai aspek rohaniah dan jasmaniah. Seseorang individu dan juga masyarakat, apabila mematuhi panduan-panduan itu dengan melaksanakan tuntutan rohaniah dan jasmaniah, akan terbinalah sakhsiah dan masyarakat yang diredhai Allah .
Dalam proses perjalanan hidup ini, lama-kelamaan panduan Ilahi yang dibawa oleh rasul-rasul itu sedikit demi sedikit dilupai masyarakat. Justeru itu, timbullah individu dan masyarakat yang hilang pedoman hidup. Nilai-nilai rohaniah yang murni tidak lagi menghiasi diri manusia. Manusia menjadi liar, tiada pertimbangan hidup. Hilang arah dan tujuan yang sebenarnya. Masyarakat menjadi porak–peranda dan tidak stabil. Keadaan ini dapat kita lihat dalam masyarakat generasi-generasi lampau, umpamanya kaum ‘Aad dan Tsamud. Walaupun mereka mampu membina tamadun kebendaan, membina bangunan-bangunan namun mereka gagal dalam membentuk sakhsiah dan masyarakat yang baik. Ini kerana jiwa mereka telah kosong daripada nilai-nilai rohani yang murni. Jadilah mereka manusia yang menderhaka, angkuh dan melampau. Akibatnya mereka dibinasakan Allah.
Kemuncak keruntuhan rohaniah ini dapat kita lihat dalam masyarakat Arab sebelum Islam. Apabila kita membuka lembaran sejarah Tanah Arab sebelum Islam, kita dapati masyarakatnya sedang menghadapi berbagai-bagai kepincangan. Baik dari segi akidah, kepercayaan mahupun dari segi sosial. Penyembahan berhala dan kepercayaan kepada tahyul merupakan pegangan dan amalan masyarakat pada masa itu. Judi, meminum arak, riba dan gejala keruntuhan akhlak berleluasa dalam masyarakat. Suku kaum berpecah kepada golongan masing-masing, bermusuh-musuhan antara satu sama lain. Fanatik kepada suku sendiri, perasaan kesukuan dan kebangsaan amat tebal menguasai diri mereka dan menjadi dasar hidup yang dipertahankan. Menceroboh, membunuh, merampas dan pelbagai keganasan lagi dianggap sebagai perbuatan mulia dan berani yang menjadi lambang kemegahan dan kebanggaan. Nilai-nilai murni tidak lagi menjadi hiasan diri dan amalan hidup.
Untuk memperbaiki keadaan yang simpang perenang sebagai mana yang tersebut di atas inilah, Allah SWT mengutus pesuruh-Nya Nabi besar Muhammad SAW sebelum memikul tanggungjawab yang besar itu lebih dahulu baginda memperkukuhkan rohaniah dirinya, mempersiapkan diri dengan didikan rohaniah yang intensif.
Dikirim Oleh Umar Fairuz
+ comments + 2 comments
sekiranya sahabat mau memasang widget ini :)
map street directory indonesia untuk mendukung aplikasi buatan anak bangsa di blog sahabat, setelah memasang mohon email ke
admin@inforiatif.com
:) terima kasih ..
Wah berat gak ya??
Posting Komentar