Di zaman Nabi Musa AS ada seorang pemuda yang memuliakan ibu bapanya. Lalu
Nabi Musa AS pergi ke rumah pemuda itu untuk melihat apakah amalan yang dilakukannya
itu. Setelah memberi salam pemuda itu menjemput Nabi Musa AS masuk ke dalam
rumahnya. Baginda pun duduk di ruang tamu rumah pemuda tersebut.
Namun pemuda itu tidak melayan Nabi Musa AS dan heranlah Nabi Musa akan
tingkah laku pemuda itu, dia terus masuk ke dalam kamar kemudian membawa seekor
babi betina keluar dari kamar itu, dia menggendong dengan hati-hati, kemudian
memandikannya.
Nabi Musa sekali lagi terheran-heran dan berkata dalam hati ” apakah artinya
semua ini?”
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap
hingga kering serta dipeluk dan dicium kemudian dimasukkan lagi ke dalam kamar
semula. Selepas itu pemuda itu keluar dengan seekor babi jantan pula dan lebih
besar sedikit dari yang tadi. dan diperlakukan seperti babi yang sebelumnya
juga.
Selepas semua pekerjaan selesai, barulah ia melayani Nabi Musa AS. Lalu Nabi Musa AS
bertanya kepada pemuda itu tadi ” Apakah agama tuan hamba?” .
“Islam agamaku”
jawab pemuda itu ringkas.
”Kenapa kamu membela babi?” tanya Nabi Musa AS
lagi.
"Wahai tuan hamba, kedua-dua babi yang aku bantu, dan aku mandikan itu tadi
ialah ibu bapa kandungku, Oleh sebab mereka banyak melakukan dosa besar, Allah
telah menukarkan rupa mereka kepada rupa babi yang bodoh. Soal dosa mereka dengan
Allah itu soal lain, itu urusannya sama Allah. Aku sebagai anak tetap
melaksanakan tanggungjawabku kepada mereka berdua. Hari-hari aku berbakti kepada kedua orang tuaku itu seperti yang tuan
hamba lihat tadi”, sambungnya.
"Setiap hari aku berdoa semoga Allah berikan rupa ayah dan ibu muka
rupa mereka yang asal, tetapi Allah belum lagi mengkabulkannya", tambahnya lagi
Maka ketika itu juga Allah berfirman dan menurunkan wahyu kepada Nabi Musa AS
“Wahai Musa inilah orang yang akan bertetangga dengan kamu di surga nanti
hasil baktinya yang sangat tinggi kepada ibu bapanya. Ibu bapanya yang sudah buruk dan bodoh dengan rupa babi pun dia tetap juga
berbakti. Oleh itu kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh di sisi Kami”.
Allah juga berfirman, ”Oleh karena dia telah berada di
maqam anak yang soleh di sisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat ibu bapanya
yang Kami sediakan di neraka telah kami tukarkan / pindahkan ke dalam syurga”.
M. Syafi’i
Posting Komentar