Kasih sayang
Nabi SAW terhadap isterinya Khadijah bukan saja ketika hidup, malah sehingga
Khadijah wafat, Nabi masih selalu menyebut-nyebut jasa baik Khadijah, sehingga
menimbulkan rasa cemburu kepada Aisyah. Nabi SAW tak dapat melupakan jasa bakti
Khadijah ketika Baginda masih dalam kesusahan. Khadijah telah mengorbankan
seluruh apa yang ada padanya demi untuk perjuangan menegakkan Islam. Kasih
sayang Nabi kepada isterinya Khadijah bukan saja ketika masa hidup Khadijah,
malah hingga wafatnya, sehingga selama hayat Khadijah Nabi SAW hanya seorang
saja isterinya, yaitu siti Khadijah.
Demikian
pula ananda Baginda Fatimah Azzahra, telah bekerja keras membina rumah tangga
bahagia, bersama suaminya yang tercinta, sehingga pecah-pecah tangannya kerana
mengisar gandum, untuk makanan sekeluarga. Pernah suaminya mengesyorkan kepada
Fatimah supaya menemui ayahnya untuk meminta sekedar bantuan pembantu rumah
untuk meringankan tugas harian yang dialaminya.
Meskipun
begitu kasih sayang Nabi SAW kepada anandanya Fatimah, kerana Fatimah memang
semenjak kecilnya ikut mengalami penderitaan yang dialami ayahandanya ketika
Nabi SAW mula menegak, mempertahan dan memperjuangkan Islam. Pernah ketika Nabi
SAW sedang sujud mendapat gangguan dari orang Quraisy, mereka meletakkan
kotoran binatang dibelakang tubuh Nabi SAW maka ketika itu dengan tangisan
seorang anak kecil, Fatimah membuang kotoran itu dari tubuh Nabi SAW
Meskipun
begitu rapat hubungan antara Nabi dan Fatimah, tapi Nabi tidak memanjakan
Fatimah malah Nabi SAW menasihatkan Fatimah Azzahra supaya tetap bersabar atas cobaan
Allah SWT itu, kepada Fatimah Azzahra, nabi SAW mengajarnya supaya membaca
kalimah Subhannallah 33 x, Alhamdulillah 33 x, Allahu Akbar 33 x, setiap
selesai solat, dan juga ketika hendak tidur dimalam hari, pesan Nabi SAW telah
diamalkan oleh Fatimah Azzahra, dan juga amalan ini, biasa telah diamalkan oleh
ummat Islam.
Oleh kerana
kesetiaan dan kasih sayang Fatimah terhadap suaminya Saidina Ali bin Abi Thalib
KWH kita tahu selama Fatimah Azzahra masih hidup isteri Saidina Ali hanya
sorang saja.
Mudah-mudahan
hal ini menjadi pelajaran bagi kita Ummat Islam supaya suami sentiasa bergaul
dengan isterinya dengan baik, dengan penuh kasih sayang dan kesetiaan, demikian
sebaliknya demi untuk mencipta rumah tangga bahagia, sebagai contoh teladan
yang telah ditunjukkan oleh Nabi SAW dan anandanya Fatimah Azzahra. Kewajiban
suami bergaul dengan isterinya dengan cara yang baik, sopan santun dan
menghargai dan menghormati isterinya Allah berfirman yang bermaksud:
“… dan
gaulilah mereka (isteri) dengan baik dan sopan, penuh pengertian dan bila ada
sesuatu yang tidak kamu sukai padanya (hendaklah kamu sabar) boleh jadi kamu
benci kepada sesuatu, sedangkan Allah menjadikan kebaikan yang banyak
didalamnya. (al-Quran surah Annisa: 19)
Amat
menyedihkan pergaulan yang mesra dan penuh cinta dan kasih sayang hanya ketika
belum menjadi sumi isteri. Ketika itu banyaklah kata-kata yang indah dan puja
puji kita nyatakan. Akan tetapi setelah menjadi suami isteri perasaan cinta dan
kasih sayang itu semakin lama semakin pudar, masing-masing mulai melihat segala
kekurangan pasangannya, yang berakhir dengan keinginan berpisah.
Amat malang
jika perceraian itu dibuat secara terburu-buru, malah ada yang sampai hati
hanya dengan menggunakan SMS. Meskipun perceraian itu dibenarkan, akan tetapi
itu adalah jalan yang terakhir sekali perceraian itu meskipun halal tapi amat
dibenci oleh Allah dan RasulNya, kerana akibatnya amatlah besar, terutama
sekali terhadap anak-anak yang menjadi korban perceraian.
Jadi Islam
membenarkan suami isteri bekerja asalkan pekerjaan itu sesuai untuk kedua,
suami isteri dan dalam keredhaan Allah SWT Untuk itu perlulah kita menguatkan
Iman kita dengan mengikut perintah Allah dan RasulNya, dan kedua-dua suami
isteri perlu. Menjaga kerukunan dan ketenangan , dan dapat melahirkan dzuriat
yang baik untuk kebahagiaan hidup sekeluarga didunia hingga ke akhirat, dan
lahirlah keturunan yang berguna, untuk agama, bangsa dan negara dan berguna
pula untuk Ummat seluruhnya.
Ust. Syed Hasan Alatas (Malaysia)
Posting Komentar